Saturday, March 31, 2012

Superbike Putih vs EX5 Merah


Lokasi: RnR Tanjung Malim, PLUS
Masa : 7:00 Malam
Tarikh: 30 March 2012


Balik kampung Ooo balik kampung~
Srettt...brek depan mecengkam tapak Shell. Nak kena berhenti isi minyak ni.  Semua 'pump' penuh jadi aku pun parking motor EX5 ku belakang kereta. Terus pergi kaunter bayar RM2 kat minah shell.

Vroomm vroommmm vrommmmm..sebiji Superbike datang dari mana entah mencari-cari pump kosong. sreett dia parking kat depan motor aku. Aku pun terus pergi kat motor sebab mamat tu macam ada gaya nak potong 'turn'. Memang betul, dia guna kad kredit pastu nak angkat 'noozle'.

Lalu perbualan seperti dibawah berlaku:

Aku: Bang, saya datang dulu.
Barua: (hanya melihat aku dan EX5 ku)
Aku: Bang, saya isi dulu!
Barua: Sabar la. Nampak tak ni dia tulis sila angkat noozle.
Aku: Ye la, tu sebab saya dah pegi bayar.
Barua: Sabar la bang. (sambil mengangkat noozle untuk isi minyak) 
Aku: Saya isi dulu.
Barua: Yela, sabar la. Bagi saya isi dulu. Nampak tak tu dia suruh angkat pam.
Aku: Haa angkat la angkat. Nanti tengok isi RM2. (aku mula cakap elok-elok sebab kalau gaduh konfom lebam aku. brader ni punya badan macam Malik Noor)
Barua: (Isi minyak)
Aku: Haa tengok, RM2 je kan. Saya isi dulu.
Barua: Mana saya tau, saya yang datang dulu.
Aku: Hai bang, tak kan tak nampak kot saya parking dulu. Tau la saya motor kecik,bang motor besar. Agak-agak2 la kan.
Barua: (letak pam pastu masukkan semula kad. bajet nak isi penuh terus). Sabar bang, saya boleh tolong isi penuh kalau abang nak. Sekarang ni sabar. (Muka menghina aku sebab mampu isi RM2 je)
Aku: Bang jangan ingat saya naik motor ni, saya takdak duet. Jangan ingat bang naik motor besar, duit banyak sangat. (Babi betol, kerek nak mampus bajet aku naek motor kecik ni duit sengkek)
Barua: Sabar, nanti saya bagi isi penuh. Nak isi RM10 pun saya bagi.
Aku: Saya nak isi RM2 je. RM2 dah penuh tau tak.
Barua: Sabar bang, kita semua naek motor apa pun, nyawa tetap satu. (mula nak ugut)
Aku: Bang jangan ingat naek motor kecik ni nyawa murah dari nyawa abang. (geram sih~mamat ni memang hina motor aku. muka berlagak naik superbike, tengok motor aku macam sampah)
Barua: Nah, saya isi penuh untuk abang. (bagi noozle lepas dia dah isi penuh superbike pukimak dia tu)
Aku: Tak payah.
Barua: (Keluar kan RM10 pastu hulur kat aku)
Aku: Tak payah. Jangan ingat saya ni naik motor kecik miskin. (Aku blah pegi bayar lagi sekali kat kaunter. Kira aku rugi dah RM2.huhu Tapi takpe, aku sedekah je walaupun tak ikhlas. Asalkan dia guna duit aku isi superbike dia tuh)

Macam ni punya orang memang sial. Tak sempat aku nak ambil gambar motor dia sebelah motor aku. Kot la pasni jumpa tengah jalan, masa tu aku dah ada superbike jugak. Boleh la jugak nak ajak race. 

Kalau saudara ada baca blog ni, jangan ingat nyawa orang naik superbike tu mahal dari nyawa naik EX5. Fuck for you!

lebih kurang macam ni la motor tu tapi kaler putih. aku rasa dia dari Singapore


3 comments:

  1. Gagah jugak la ko nak berdepan ngan barua camtu. Lau aku aku tengokkan je dia isi RM 2 tu. Sambil tengok muka kelat die telan sendiri keangkuhan die. Heh.

    ReplyDelete

komen mengomen dibenarkan disini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...