Tuesday, December 27, 2011

Pertama Kali SENTUH Komputer

Bila entah kali pertama aku pegang komputer. Seingat aku first time aku guna komputer masa sekolah rendah, darjah 4 atau darjah 5. Masa tu memang PC tu benda jarang-jarang wujud kat kampung Sungai Acheh. Memang barang bukan mampu milik, kena pulak dengan pendapatan bapak aku masa tu. 

Ada satu hari ni, Cikgu Ismail (ingat lagi aku nama dia) masuk dalam kelas. Dia cakap siapa berminat nak belajar guna PC, boleh bagi nama. 3 hari 2 malam kat Bukit Panchor, anjuran Felda kalau tak salah aku. Aku yang konfom-konfom jakun atau penang cakap 'cempera' pun teringin nak join. 

Nak sampai Bukit Panchor tu aku tumpang kereta bapak Khalid, kawan lama masa sekolah. Bila sampai sana, memang bermula aktiviti macam duduk asrama. Tapi tu aku tak kisah, sebab nak dapat main komputer la katakan. Jakun sampai tahap tu sekali aku ni.haha!Besok nya bila dapat PC seorang sebijik, cikgu pun ajar lah guna Paint, Microsoft Word. Memang seronok walaupun sekarang ni aku rasa macam bodoh gila bila ingat balik. 

Benda paling bodoh sekali yang mampu aku ingat ialah masa belajar Paint. Cewah aku melukis punya lukis pastu penuh dah satu page. Tapi lupa pulak aku macam mana nak bagi dapat page yang kosong. Senang cakap nak click New untuk dapat new document la. So aku dengan bodoh IT nya masa tu buka new program, kira aku buka paint yang baru. Aku pun lukis lagi, bila dah penuh, aku buka lagi 1 paint yang baru. Sampai penuh Paint kat taskbar PC.haha! Maklum lah, nak click button X untuk close pun tak reti. Bukan tak reti tapi lupa cikgu ajar.
Internet jangan cakap la, konfom-konfom lagi jarang wujud kat kampung aku. Buta Teknologi Sungguh anda Mohd Shukor (masa tu la)...

2 comments:

komen mengomen dibenarkan disini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...